Tarikh : 17 Ogos 2025
Masa : 10pagi – 4petang
Tempat : NADI Kampung Jepak
Peserta : 35 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membuat pemilihan menjadi wakil untuk NADI Kampung Jepak dalam perlawanan Mobile Legend Season ke 3 ini. Untuk kali ini 6 kumpulan telah mengikuti untuk pemilihan ini.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas membuka video kesedaran di MTS E-sukan terlebih dahulu. Setelah itu, petugas menerangkan bagaimana pemilihan dan juga bagaimana Esukan NADI dijalankan. Seterusnya, petugas menerangkan tentang beberapa peraturan pemain dan membuat undian kumpulan yang akan berlawan terlebih dahulu 6 perlawanan dijalankan. Setelah perlawanan selesai kumpulan Familia berjaya menjadi juara dan sekaligus menjadi wakil untuk NADI Kampung Jepak ke peringkat seterusnya.