Taklimat SAFE (Lindungi Data Peribadi Anda) & SHIELD (Penipuan dalam Talian sentiasa berwaspada)
Pada : 22 April 2025
Lokasi : NADI KPG JEPAK
Peserta : 9 Pelajar
Tujuan
Tujuan program NADI SAFE & SHIELD – Kesedaran Keselamatan Digital adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan individu tentang kepentingan keselamatan digital dalam melindungi data peribadi mereka daripada ancaman siber yang semakin berkembang. Program ini bertujuan untuk mendidik peserta mengenai ancaman siber dan penipuan dalam talian yang semakin berleluasa, serta memberikan pemahaman tentang langkah-langkah keselamatan digital yang perlu diambil. Antara langkah penting yang diajar termasuk penggunaan kata laluan yang kuat, memastikan perisian dan aplikasi dikemas kini secara berkala, serta mengelakkan berkongsi maklumat peribadi melalui saluran yang tidak selamat. Program ini juga bertujuan untuk membantu individu menghindari risiko kehilangan data peribadi akibat kelemahan dalam sistem keselamatan aplikasi dan laman web. Dengan meningkatkan kesedaran keselamatan siber, diharapkan individu dapat menjadi lebih berwaspada dan mengambil tindakan yang tepat untuk melindungi diri mereka daripada ancaman dalam dunia maya.