mcmc
Laporan Aktiviti

PENGURUSAN KONFLIK DALAM PASUKAN E-SUKAN

TARIKH : 11 April 2026

Masa : 3.00-4.00petang

Platform: Zoom

Peserta : 6 Orang

Tujuan

Pengurusan konflik dalam pasukan e-sukan memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran dan kejayaan sesebuah pasukan. Konflik yang tidak dikawal boleh menjejaskan prestasi kerana ia mengganggu fokus serta strategi permainan. Oleh itu, pengurusan konflik yang baik dapat membantu mengekalkan prestasi pasukan pada tahap optimum.

Selain itu, pengurusan konflik juga bertujuan mewujudkan komunikasi yang berkesan dalam kalangan ahli pasukan. Melalui perbincangan yang terbuka, setiap ahli dapat memahami pandangan dan perasaan rakan sepasukan dengan lebih baik. Hal ini sekali gus dapat mengelakkan salah faham yang boleh membawa kepada perpecahan pasukan.

Di samping itu, pengurusan konflik dapat meningkatkan kerjasama dan semangat berpasukan. Apabila konflik diselesaikan secara matang, hubungan antara ahli menjadi lebih kukuh dan mereka lebih mudah bekerjasama dalam mencapai matlamat bersama. Perbezaan pendapat yang wujud juga boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan keputusan dan strategi yang lebih baik.

Akhir sekali, pengurusan konflik membantu membina sikap profesional dalam kalangan pemain e-sukan. Mereka akan belajar mengawal emosi dan bertindak secara rasional walaupun berada dalam situasi tekanan tinggi. Secara keseluruhannya, pengurusan konflik yang berkesan amat penting bagi memastikan keharmonian dan kejayaan sesebuah pasukan e-sukan.