Pengenalan
Pusat Ekonomi Digital Kampung Jepak mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami.Pusat Ekonomi Digital (PEDi)merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd Dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.
Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2, 36 pusat untuk Fasa Felda untuk Fasa 4 110 pusat dan 42 pusat untuk Fasa 5 (CBL-ENHANCEMENT) telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Pusat Ekonomi Digital Kampung Jepak mula beroperasi sepenuhnya pada 15 Mei 2015.Terdapat 10 komputer untuk kegunaan orang awam dan 10 komputer untuk proses pembelajaran asas komputer di bilik latihan.Pelbagai kemudahan disediakan seperti Photostat,Laminate,Binding,Scanning dan Printing.Kemudahan yang terbaru disediakan ialah peminjaman netbook kepada Komuniti 120 Netbook telah disediakan untuk kemudahan komuniti.
OBJEKTIF PENUBUHAN
Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan .
Memberikan pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet .
Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital(PEDi)
Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
i-Pengenalan asas komputer
ii-Asas internet
iii-Aplikasi elektronik ( E-kerajaan , E-pembelajaran , E-dagang )
iv-Destop Publishing seperti Microsoft Office
v-Latihan Keusahawanan
vi-E-Tuisyen
KENALI PETUGAS PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI KAMPUNG JEPAK)
Terdapat 2 orang petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi Kampung Jepak) iaitu Pengurus dan Pen.Pengurus. Untuk menjadi petugas , kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi Kampung Jepak). Tanggungjawab dan amanah yang di berikan menjadikan kami lebih berdisiplin dan berwibawa dalam menjalankan tugas.
Program Sukarelawan ICT Malaysia

