TARIKH : 5 FEBRUARI 2026
Masa : 3.30Petang-4.30Petang
Platform: Zoom (Lms Dilea)
Peserta : 5pelajar (Tingkatan 2,3 & 5)
Tujuan
Program ini bertujuan membantu pelajar meningkatkan kefahaman dalam subjek Bahasa Melayu, membina keyakinan dalam komunikasi serta mengukuhkan kemahiran membaca, menulis dan membuat karangan dengan betul mengikut cara pemerkahan. Kelas dijalankan dalam suasana pembelajaran yang selesa, santai dan berkesan.
Aktiviti
Peserta berjaya menghadiri sesi pembelajaran secara dalam talian melalui platform Google Meet. Sepanjang sesi, mereka memberikan tumpuan sepenuhnya dan terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru. Guru menyampaikan pengajaran dengan pendekatan interaktif yang merangkumi penerangan topik, sesi soal jawab dan aktiviti latihan. Kaedah ini membantu meningkatkan kefahaman pelajar secara berkesan dalam masa yang singkat. Peserta menerima maklum balas secara langsung daripada guru berkaitan prestasi dan pemahaman mereka. Keseluruhan sesi berlangsung dengan lancar, teratur dan menepati masa yang telah dijadualkan.